Saturday, February 26, 2011

SEDANG AKU CUBA UNTUK TIDAK MENJADI DIA, SEBENARNYA AKU JUGA SUDAH MENJADI SEPERTI DIA.....

pada suatu hari, aku terjumpa dengan seorang hamba Allah ni.......dia suka bercakap perkara apa sahaja yang menunjukkan bahawa dialah yang tahu semua perkara..pada mulanya aku sangat berbangga dengannya, suka untuk dekat dengannya kerana dia tahu semua benda.....wah gah nya berada di sebelahnya.....walaupun ramai yang tidak senang dengannya, aku tetap dengannya....wahh bangga...tetapi lama kelamaan aku dapat merasakannya....
dia...dia...dia.....hanya itu yang mampu aku katakan....

dan aku semakin cuba untuk menjauhkan diri daripadanya, jauh sejauhnya...keran dia adalah dia.....dia yang orang sering bualkan,....dia yang orang sering pertikaikan...dia yang sering menjadi buah mulut orang...dia...dia....semuanya dia......sedang untuk aku tidak menghiraukan padahal aku sebenarnyalah antara orang yang paling banyak mengambil tahu hal dirinya......

sedang aku cuba untuk tidak mahu dekat dengannya, padahal aku lah sebenarnya antara orang yang paling dekat dengannya...

sedang aku cuba untuk lenyapkan pemikiran tentang dirinya , padahal akulah yang sebenarnya sering yang teramat sangat bercerita tentang dirinya...

akhirnya, aku duduk di satu tempat dan fikir sedalam-dalamnya...apa yang aku lakukan sebenarnya, apa yang menyebabkan aku jadi begini....

lalu aku terlihat seekor kucing hitam dan kucing putih sedang bergaduh.....semakin lama aku perhatikan, semakin aku berminat....si putih seringkali maju kedepan, manakala si hitam tunggu seolah-olah sedang menjaga kawasannya dengan bunyi yang berdesir dan muka yang bengis.........

lalu aku terfikir....

lebih kurang sama dengan apa yang terjadi pada diriku.....

semakin aku menekan, sebenarnya benda itu semakin timbul..seolah-olah span yang ditekan dan muncul semula.....

dan aku merasa, apa salahnya jika aku duduk sahaja di atas span tersebut tanpa perlu menekan.....

bersambung......

Monday, February 21, 2011

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak

boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis,

lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita

telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah

ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata,

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga

pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah

susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah

ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH

DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA

AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.....

.......... ......... ......... .

Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita

sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan

makanan laut.

Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat

mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam

mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan

ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang

terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat

amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.

Air sejuk

yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh

saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.

Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang

kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening

atau migrin.. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa

dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa

milimeter ruang udara dalam saluran

darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan

mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah

menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak

terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi

kebaikan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya

Friday, February 18, 2011

HARI INI...

apa yang saya dapat hari ini betapa kita perlu tahu dan peka dengan apa yang kita perkatakan kerana setiap apa yang kita perkatakan adalah sesuatu perkara yang menjadi buah pendengaran orang lain...betul atau salah bergantung kepada kita...kerana dibimbangi akan membawa kepada perkara-perkara yang tidak baik dan memudaratkan......



LEBIH BAIK DIAM DARI BERKATA PERKARA YANG SIA-SIA DAN TIDAK TAHU....
SESUNGGUHNYA TIADA KERUGIAN WALAU SEDIKIT PUN KEPADA DIRI KITA....
hanya untuk peringatan diri sendiri dan teladan kawan-kawan......

Thursday, February 17, 2011

KATA-KATA PADA DIRI HARI INI.....



jangan mudah untuk mengaku kalah sebelum mencuba sesuatu....jika kita mencuba sesuatu....dalam masa yang sama kita dapat mengetahui di ,mana kelemahan dan bagaimana untuk memperbaikinya..tetapi jika kita masih lagi berada di belakang dan asyik menolak yang hadapan, maka sampai bila-bila pon kita akan tetap di belakang......tidak maju walau selangkah pun...KESILAPAN AKAN MEMBAWA KEPADA KEJAYAAN DAN KEKALAHAN AWAL AKAN MEMBAWA KEPADA KEMENANGAN......