Saturday, February 26, 2011

SEDANG AKU CUBA UNTUK TIDAK MENJADI DIA, SEBENARNYA AKU JUGA SUDAH MENJADI SEPERTI DIA.....

pada suatu hari, aku terjumpa dengan seorang hamba Allah ni.......dia suka bercakap perkara apa sahaja yang menunjukkan bahawa dialah yang tahu semua perkara..pada mulanya aku sangat berbangga dengannya, suka untuk dekat dengannya kerana dia tahu semua benda.....wah gah nya berada di sebelahnya.....walaupun ramai yang tidak senang dengannya, aku tetap dengannya....wahh bangga...tetapi lama kelamaan aku dapat merasakannya....
dia...dia...dia.....hanya itu yang mampu aku katakan....

dan aku semakin cuba untuk menjauhkan diri daripadanya, jauh sejauhnya...keran dia adalah dia.....dia yang orang sering bualkan,....dia yang orang sering pertikaikan...dia yang sering menjadi buah mulut orang...dia...dia....semuanya dia......sedang untuk aku tidak menghiraukan padahal aku sebenarnyalah antara orang yang paling banyak mengambil tahu hal dirinya......

sedang aku cuba untuk tidak mahu dekat dengannya, padahal aku lah sebenarnya antara orang yang paling dekat dengannya...

sedang aku cuba untuk lenyapkan pemikiran tentang dirinya , padahal akulah yang sebenarnya sering yang teramat sangat bercerita tentang dirinya...

akhirnya, aku duduk di satu tempat dan fikir sedalam-dalamnya...apa yang aku lakukan sebenarnya, apa yang menyebabkan aku jadi begini....

lalu aku terlihat seekor kucing hitam dan kucing putih sedang bergaduh.....semakin lama aku perhatikan, semakin aku berminat....si putih seringkali maju kedepan, manakala si hitam tunggu seolah-olah sedang menjaga kawasannya dengan bunyi yang berdesir dan muka yang bengis.........

lalu aku terfikir....

lebih kurang sama dengan apa yang terjadi pada diriku.....

semakin aku menekan, sebenarnya benda itu semakin timbul..seolah-olah span yang ditekan dan muncul semula.....

dan aku merasa, apa salahnya jika aku duduk sahaja di atas span tersebut tanpa perlu menekan.....

bersambung......

No comments:

Post a Comment